Jiee's

Hey Im Back!
Jumaat, 8 Mei 2015 . 0 word(s) .



Bismillah. Hey. Hai dah lama sebenarnya Jie tak menulis kan? Rasa rasa dalam setahun dua juga lah Jie tinggalkan penulisan online ni. Okey as ada yang pernah baca blog-blog lama Jie, Jie memang nak cakap kat sini semua dah delete. Haha. Bila Jie buka jea semula semua dah kosong. Sebab seingat Jie lah Jie delete tahun lepas. And boleh restore balik sebenarnya. Tapi mybe sebab Jie memang abaikan jea account ni jadi mungkin dia terus padam buat selama lamanya dah tak boleh restore semula dah. Haha. Baru nak baca semula zaman zaman penulisan tak matang dan bahasa melayu yang rempitz gitu.

Sebagai permulaan. Mari Jie perkenalkan diri semula. Since lama juga senyap kan. Nama diberi indah dari bonda dan ayahanda Fatin Nurul Najihah Binti Abd Izam. Boleh panggil Fatin, Najihah, Jiha or paling simple Jie. Berumur jeng jeng 19 tahun pada tahun 2015 ini. Menetap di Kota Tinggi, Johor. Mana orang Johor sini sini kita geng. Hehe. Masih belajar dan sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi iaitu Politeknik Muadzam Shah, Pahang. 

Since orang kata budak poli ni mesti pakai baju bengkel buat kerja kerja teknikal macam bertukang semua berpeluh bagai ceh. Well sangat sangat silap sebab Jie hampir semua kelas berbaju kurung and duduk dalam makmal aircond lagi kau. Kalau tak pakai baju kurung Jie pakai baju korprat so jangan mengata budak poli buat kerja kerja bertukang semua. Memang ada bertukang but bukan semua as macam budak mekanikal or jurutera ke diorang buat projek baru bertukang rasanya. Macam budak perlancongan diaorang siap berjalan sana sini untuk assignment tak duduk terperap dalam institut. Kena duduk belajar sendiri dalam poli baru boleh nilai sendiri, okey? Ni bagi pendapat Jie jelah.

About study, okey Jie ambik course Networking. Bulan 6 ni InsyaAllah akan masuk sem 3. Doa doakan Jie berjaya dalam course ni. Best juga sebenarnya ambik Networking or Programming. Even kena belajar coding semua but if you can make it sumpah rasa nak lompat lompat. Even just dapat run kan coding tu hahaha. If kalian dalam skor dalam buat semua ni korang boleh cuba masuk bertanding poli-skill or something like buat robot gabung dengan mekanikal kalau menang dapat duit and dapat bantu naikkan nama poli. Paling best sijil korang, korang boleh guna untuk backup nanti bila dah habis belajar nak minta kerja semua. InsyaAllah sangat laku.

About myself, hm. Single or taken biarlah rahsia. Rasa belum masa lagi nak bercakap or dedahkan semua benda ni. If nampak Jie macam bercakap or tulis about cinta jodoh segala just mengada or talk random. Kalau dah rasmi baru Jie post yea. Masih dalam pengenalan. Luka lama masih berbekas so takkan nak tambah luka baru right? Sakit sakit. Ada ubat parut yang berkesan hilangkan parut tak? Review sikit kat Jie, mana tahu boleh guna. Hiks. 

Okeylah setakat ni sahaja Jie punya first post untuk blog baru ni. If nak ikut perkembangan Jie 24 hours boleh follow Insta or Twitter. If nak bercakap or tanya apa apa boleh add Jie kat Facebook but if lelaki tak dikenali mungkin susah sikit nak approve so as long boleh tanya kat ask.fm InsyaAllah akan di jawab sepantas mungkin haha. Nak add kat fesebuk tu kena on fesebuk dulu lah baru tekan link kat blog ni kalau tak memang tak jumpa lah haha. About update, hm Jie tak pasti untuk blog kali ini Jie akan aktif or berhabuk. Harap harap banyak idea dan akan terus menulis. Sebab Jie kekadang naik muak pegang laptop ni sebab dah pegang 24 jam. Hehe. But InsyaAllah Jie akan rajin rajin kan diri okey? Salam rindu kasih sayang muah muah dari Jie. Peace. Babai.




Thanks for reading :)


. Newer Post