Jiee's

Mothers Day and Kimbab
Ahad, 10 Mei 2015 . 0 word(s) .

Bismillah. Hai post kali ni Jie nak story about mothers day and kimbab. Okey as semua orang tahu harini mothers day. Dan apa kena mengena dengan kimbab pula? Haha sebenarnya Jie telah dicabar dua hari sebelum mothers day. Jie ni bukan bekerja lagi and duit pun simpan simpan so nak menyambut ibu tercinta, Jie dengan kakak Jie iaitu Kak Wa dah sepakat nak buat sesuatu. Alhamdulillah dapat ibu yang sangat sangat memahami dan tak pernah pun nak minta hadiah hari ibu or apa apa just anak anak ni sendiri terasa. Tengok orang lain beria bagi ibu depa macam macam but anak dia sendiri buat bodoh so macam tak best lah kan. Even dia senyap but mesti ada sikit dia nak rasa dihargai. 

Dalam islam tak digalakkan sambut Mothers Day sebab seumpama mengikuti agama lain. Nampak tak keliru boleh ke tidak sebenarnya nak sambut ni. Hm susah jugakan bila kita kena faham dengan jelas. So Jie ambik keputusan Jie sambut hari ibu hari ini dengan cara yang sama Jie layan ibu setiap hari. So setiap hari adalah hari ibu yeah! 

Pada awalnya about kimbab Jie nak buat dengan Kak wa but kakak sangat sangat sibuk dengan kerja and tak ada masa so dia kata "Aku cabar kau buat kimbab lusa" and Jie pun dengan selamba cakap "Okey" padahal tak tahu apa apa ni. Haha. Jie dengan Kak wa ada minat yang sama kalau kami duduk dapur berdua kami akan berborak about resepi and channel tv masak apa haritu and malam itu juga kami akan campak campak bahan haha part paling best dah siap masak semua kami akan paksa orang makan. Selalunya adik adik yang kena paksa haha. But kami ada sifat dimana kau tak boleh tengok aku masak and esoknya kau masak aku tak tengok kau masak. Dah siap habis makan baru bincang about resepi yang dicampakkan. 

So balik semula pada cerita asal, Jie bangun pukul empat pagi tadi dan siap siap mandi semua ikat rambut and baru masuk dapur. Nasib baik semalam malam Jie dah selongkar semua bahan sebelum tidur so tak susah nak cari and dah selamat mentelaah encik google untuk tengok resepi nak buat kimbab ni. So terus buat and malas nak belek baca baca ingat hafal terus senang nak jawab bila ibu tanya. Haha. My mom pula ada habit akan bangun pukul 3 pagi and start masak pukul 4 pagi. Awal kan? 

Kami since kecil dibesarkan dengan sarapan nasi atau mee beserta lauk. Disebabkan faktor ibu dengan ayah bekerja so tengahari ibu tak balik. Ibu dengan ayah pula lain lain tempat kerja and kalau ayah balik tengahari ayah akan makan nasi dengan lauk ibu masak. Sweet kan. Sama juga macam kami balik sekolah ibu dah siap masak dah. So tak pernah setakat ni kat rumah kebulur mesti kenyang if terlajak bangun baru ibu akan masak yang goreng goreng. Ataupun paling senang beli sarapan luar hahaha.

So disebabkan pagi tadi bertembung dengan ibu berebut dapur. Sementara tunggu ibu masak semua Jie potong potong lah bahan macam lobak timun semua. And after ibu dah siap semua ibu naik atas nak bersiap nak pergi kerja semua baru Jie siapkan segala bahan dan mula menggulung. Resepi Jie ambil dari SINI dan senang sebenarnya cuma part nak gulung tu kena padat kalau tak terburai lah hang punya kimbab haha. So sebagai hasilnya. Tadaa~


Alhamdulillah semua habis. Actually time potong tu ada yang terburai Jie masuk mulut dulu hehe. Kenyang tahu tak haha nampak tak banyak yang terburai sebenarnya. Well rupanya tak nampak indah mana tapi bolehlah ada hijau oren tu bolehlah. Sepatutnya guna sosej tapi sosej tak beli jadi Jie guna isi ayam dengan burger ramlee. Potong panjang panjang gulung sekali dengan sayurnya. Sedap. 

So setakat ini sahaja untuk post kali ini. InsyaAllah if ada benda yang boleh dikongsikan Jie akan terus menulis. Doa doakan lusa result sem 2 keluar dan Jie berdebar sebenarnya sebab rasanya Jie banyak main untuk sem ini. Hm nak menyesal pun tak guna jadi tengok jelah nanti hehe. Babai.
Sebelum ibu pergi kerja Jie peluk cium ibu. Ucap selamat hari ibu. And ibu tolak Jie jauh jauh. Dia cakap "Taknak cium kau tak mandi euw euw". And I was like lagi dia cakap Jie masham lagi Jie peluk erat tenyeh muka dia dengan kiss sana sini. Well. Setiap hari, hari ibu. Selamat hari ibu tiap hari. Hargai ibu setiap masa. :)



Thanks for reading :)


Older Post . Newer Post